Perkara yang menjadi tanda tanya ialah, mengapa negara kita tidak bebas dari gejala sosial? Sedangkan pelbagai usaha, undang-undang dan tidakan telah diambil ke atas mereka yang bersalah.
Kalau kita lihat pada hari ini banyak perkara yang tidak baik berlaku dalam negara kita seperti, buang anak, rogol, ragut, pecah rumah, menagih dadah dan banyak lagi. Yang mana perkara ini merupakan perkara yang telah menimpa masyarakat jahiliyyah sebelum datangnya Islam. Mengapa ini semua berlaku? Sedangkan pemimpin kita adalah dari kalangan orang Islam yang mengaku beriman kepada Allah, Rasul dan kitab (Al quran dan Hadis).
Kalau kita lihat sejarah Islam sewaktu baginda Rasulullah SAW membina Negara Islam di Madinah, pada masa itu Al quran masih belum sempurna diturunkan, tetapi Madinah boleh aman dan bebas dari gejala sosial dan perkara jahiliyyah. Ini semua merupakan campur tangan daripada Allah terhadap pemerintahan baginda.
Tiada campur tangan Allah merupakan faktor yang paling besar negara kita tidak bebas dari gejala sosial dan jahiliyyah itu. Rasulullah diberi pertolongan oleh Allah dalam membina Negara Islam Madinah, kerana pembinaan Negara Madina adalah demi menegakkan syariat Islam dan ketaatan kepada Allah.
Manakala negara kita walaupun Islam itu merupakan agama rasmi negara, tetapi hukum Islam diketepikan dan di pandang remeh. Contohnya: perlaksaan hukum hudud, hukum judi dan banyak lagi di permainkan. Inilah yang mengebabkan negara kita ditimpa musibah dengan percambahan gejala sosial dan sebagainya.
Banyak faktor yang menyebabkan Allah tidak campur tangan dalam pemerintahan negara kita, antaranya ketakwaan pmimpin negara seniri. Mereka langsung tidak menitik beratkan tentang agama dan akhlak pimpinan dan rakyat. Ada juga dikalangan pemimpin yang sanggup berfatwa melawan hukum Allah.
Contoh dalam gejala buang anak, patutkah seorang menteri boleh memberi cadangan supaya kerajaan menyediakan tong disetiap bandar untuk dijadikan tempat letak bayi supaya bayi itu tidak dibuang ke tempat yang tidak sepatutnya? Tidakkan ini merupakan satu galakan supaya rakyat boleh berzina? Inilah faktor yang menyebabkan negara kita tidak bebas dari gejala sosial.
Jadi, wahai pengunjung sekelian! kita harus menyedari hal ini dan kita harus memperakui tentang hal ini. Kita juga harus mencari jalan bagaimana untuk kita selamatkan negara kita ini, supaya menjadi negara yang aman dan diberi keampunan oleh Allah.
Antara caranya ialah kita hendaklah berusaha untuk menjadikan Al quran, sunnah, ijma' ulama' dan qias sebagai perlembagaan dan sumber rujukan. Cara untuk menjadikan Al quran, sunnah, ijma' ulama' dan qias ini sebagai perlembagaan dan sumber rujukan tidak lain dan tidak bukan kita hendaklah menukar kerajaan negara kita dari kerajaan yang sedia ada kepada kerajaan yang baru dari sebuah gerakan yang mempunyai dasar Islam iaitu PAS dan PR insyaAllah.
Sama-samalah kita renungkan, semoga Allah berkati hidup kita dengan perubahan yang kita lakukan.
Wallahua'lam. Salam perjuangan, salam kasih sayang.
ALLHUAKBAR!!